ALAT PEMADAM API
Kaedah Penggunaan Pemadam Api Mudah Alih |
![]()
P- PULL (CABUT)
Cabut pin untuk melepaskan tuil. |
![]()
A- AIM (HALA)
Hala nozel atau hos ke dasar api. |
![]()
S- SQUEEZE (TEKAN)
Tekan tuil di atas pemegang untuk
bahan pemadam. Untuk menghentikan
bahan dari keluar, lepaskan tuil.
|
![]()
S- SWEEP (SAPU)
Gerakan nozel atau hos kekiri kanan.
Bergerak ke arah api dengan cermat.
|
Sebelum Melawan Api |
Sebelum melawan api, pastikan
Bila api telah padam, jaga kawasan api dan sedia untuk mengulangi langkah-langkah itu jika api hidup semula.
Minta jabatan bomba untuk membuat siasatan terperinci walau anda telah memadamkan api.
Pastikan anda mendapat informasi dan arahan dari pembekal berkenaan dengan penggunaan alat pemadam api sebelum anda menggunakannya.
|
Kelas-Kelas Api |
KELAS-KELAS API
Umumnya, terdapat lima kelas api yang berlaku di rumah. Alat pemadam api dengan simbol piawai dan huruf kelas-kelas api ia boleh digunakan.
![]() ![]() ![]() ![]()
Api Kelas 'A':
Bahan-bahan boleh terbakar biasa, seperti kayu, pakaian, kertas, getah, kebanyakan plastik, dan lain-lain bahan mudah terbakar.
Api Kelas 'B':
Cecair boleh terbakar. Termasuk gasolin, minyak, pelincir, tar, cat minyak, pelincir, dan gas mudah terbakar.
Api Kelas 'C':
Termasuk cecair boleh terbakar seperti minyak tanah, minyak dan sesetengah cat dan pelarut.
Api Kelas 'D':
Logam boleh terbakar. Termasuk magnesium, aluminium, lithium dan lain logam atau abuk logam boleh terbakar.
Api kelas 'E':
Peralatan bercas letrik. |
KESELAMATAN RUMAH
Perkara | Isi Kandungan |
---|---|
Alat Permadam Api | ![]()
Pastikan rumah anda ada alat pemadam api mudah alih. Ia boleh menyelamatkan nyawa dan harta benda dengan memadam api di peringkat awal.
|
Alat Pengesan Asap | ![]()
Setiap rumah mesti memasang sekurang-kurangnya satu alat pengesan asap.Keutamaan harus diberi kepada kawasan dapur.Alat ini juga digalakkan dipasang di setiap bilik tidur.Alat pengesan asap mesti sentiasa dijaga dan diperiksa.
|
Bekas Habuk Rokok | ![]()
Gunakan bekas abuk rokok yang besar dan dalam.Basahkan bekas sebelum menggunakannya.Jangan merokok bila anda di atas katil.
|
Cara Yang Betul Melepaskan Diri Dibawah Asap | ![]()
Cara yang betul untuk melepaskan diri di bawah asap ialah merangkak dengan kepala anda 30-60sm dari lantai. Jika pakaian anda terbakar, berhenti dan rebahkan diri. Mengguling-guling akan memadamkan api.
|
Keselamatan Kebakaran Di Dapur | ![]()
Pastikan anda cergas semasa memasak.
Jangan memasak bila anda penat atau mengantuk.
Jangan tinggalkan dapur ketika memasak.
Pastikan dapur anda sentiasa bersih dan teratur.
|
Laluan Keluar | ![]()
Sediakan pelan jalan keluar semasa kebakaran untuk rumah anda. Pastikan semua penghuni rumah anda tahu apa yang patut dilakukan sekiranya berlaku kebakaran.
|
Letrik | ![]()
Gantikan wayar-wayar letrik yang rosak. Periksa alat-alat letrik yang anda gunakan. Jangan gunakan alat-alat yang mengeluarkan bau atau asap, atau yang panas berlebihan.
|
Lilin | ![]()
Letak lilin jauh dari barang-barang boleh terbakar. Gunakan tedeng untuk melindungi lilin dari ditiup angin dan padam.
|
Mancis Dan Pemetik Api | ![]()
Pastikan anda menyimpan mancis dan pemetik api di dalam kabinet berkunci jauh daripada kanak-kanak.
|
Ruang Untuk Alat Pemanas | ![]()
Letakkan semua alat memanas sekurang-kurangnya tiga kaki atau satu meter daribenda-benda boleh terbakar.
|
No comments:
Post a Comment