Perniagaan utama adalah pemasaran alat pemadam api mudah alih, peralatan perlindungan kebakaran dan aksesori untuk mencapai misi untuk menyediakan peralatan keselamatan kebakaran maksimum kepada pelanggan dan kepuasan pelanggan 100% dengan perkhidmatan produk.


PANDUAN



Perkara yang sering menjadi tandatanya dalam memilih alat Pemadam Api ialah:
Nak beli jenis apa?
Nak beli yang besar atau yang kecil?
Setiap orang seharusnya memiliki sekurang –kurangnya satu unit di rumah dan yang amat penting ialah memiliki jenis yang bersesuaian. Pakar Perlindungan Kebakaran menyarankan alat pemadam api perlu disediakan di setiap dapur, garaj dan workshop.
Alat Pemadam Api terbahagi kepada beberapa kategori berdasarkan jenis api kebakaran yang berbeza-beza. Berikut satu garispanduan yang boleh membantu anda dalam memilih jenis alat pemadam api yang tepat. Secara umumnya, terdapat lima kelas api di rumah. Alat pemadam api dilabelkan berdasarkan “Simbol” atau “Penggunaan Huruf” yang piawai bagi setiap kelas api yang dapat dipadam.
Kelas ApiPenerangan 
Memadam kebakaran pepejal seperti kayu, kertas, kain dan sebarang bahan mudah bakar. 
Memadam kebakaran cecair seperti minyak, cat, varnish, plastik dan lain-lain. 
Memadam kebakaran gas seperti gas butana, gas acetylene, pendawaian elektrik, kotak fius, perkakasan elektrik dan lain-lain.
Memadam kebakaran logam seperti logam potassium, logam sodium, logam kalsium dan logam magnesium. 
Memadam kebakaran minyak masak yang digunakan secara komersial. 
 JenisKeteranganKebaikan/Keburukan
PEMADAM API JENIS AIRKandunganAir Biasa
Jarak Pancutan
20 -25kaki
Jangkamasa Pancutan
60 -120 saat
- Mudah dikendalikan
- Boleh mengawal/memadam apai di peringkat awal
- Cecair yang digunakan tidak merbahaya
- Hanya sekali digunakan
- Tidak sesuai memadam kebakaran alat elektrik dan logam
- Tidak boleh diletakkan ditempat yang suhunya sejuk dan boleh membeku
- Tidak boleh mengawal dan memadam kebakaran yang besar
PEMADAM API JENIS DEBU KERING
(DRY POWDER)
Kandungan: - Sodium bikarbonat 97%
- Magnesium stearote 11/2%
- Magnesium karbonat 1%
- Trikalsium karbonat ½%
Jarak Pancutan
15 – 20kaki
Jangkamasa Pancutan
2 Minit
- Mudah dan senang dikendalikan
- Boleh mengawal / memadam api kelas A,B,C dan sungguh berkesan
- Pemadamannya lebih berkesan jika dibandingkan dengan alat pemadam api jenis Co2 dan BCF
- Pengeluaran (pancutan) boleh dikawal di Release Handle.
- Hanya boleh sekli sahaja.
- Debunya mendatangkan kerosakan pada bahan-bahan tertentu seperti enjin kereta, bahan makanan dll
- Tidak boleh memadam api logam
- Tidak boleh diletakkan ditempat yang suhunya sejuk dan boleh membeku
Pemeriksaan1. Hendaklah diperiksa setiap bulan
2. Pastikan preasure guage pada tabung menunjukan kandungan penuh (hijau – penuh & merah – kosong).
Sekiranya berlaku kekurangan tekanan udara hendaklah dihantar ke agen servis
PEMADAM API JENIS GAS (Co2 & BCF) Kandungan- Isian dengan Co2 dalam bentuk cecair dalam tekanan.
- Mempunyai ukuran antara 2 hingga 5 lbs beratnya.
Jarak pancutan
8 ke 12kaki dan perkembangan nisbahnya ialah 1:450
Jangkamasa pancutan
8 hingga ke 30 saat
- Mudah dikendalikan
- Boleh mengawal/memadam kebakaran diperingkat awal dan berkesan
- Gasnya bersih tidak membantu kebakaran
- Gasnya tidak mengalirkan elektrik
- Boleh menembusi tempat-tempat permukaan kecil
- Hanya sekali digunakan
- Keberatan silindernya tidak sepadan dengan kandungan gas, berat 5.3 kg tetapi Cuma 2.2 kg sahaja.
- Kandungan gas tidak dapat dilihat dan perlu ditimbang dari masa ke semasa untuk mengelakan kekurangan daripada 10%
- Tidak sesuai memadam kebakaran api jenis A,B &D
- Tidak boleh mengawal kebakaran yang sudah besar
PEMADAM API JENIS BUIH (Foam)Sesuai untuk memadam api kelas ‘B’ dan peranannya menyelimut dan menurunkan suhu dibawah suhu nyalaan (menyejukkan).Kandungan
- Terdapat 2 tabung
- Tabung dalam (Alauminium Sulphate)
- Tabung luar (Sodium Bikarbonate / Stabilizer)
Jarak PancutanLebih kurang 20kaki
Jangkamasa Pancutan
30 hingga ke 90 saat.
- Mudah dikendalikan
- Buih boleh menutup permukaan cecair dan menyekat bekalan oksigen daripada membantu kebakaran.
- Tidak terganggu daripada tiupan angin
- Boleh mengawal dan memadam kebakaran diperingkat awal dengan berkesan.
- Hanya sekali digunakan
- Tidak boleh memadam kebakaran kelas A,C dan D
- Sekiranya percampuran bahan kimia tidak betul, buihnya tidak dapat memadam kebakaran dengan berkesan
- Tidak sesuai digunakan dengan alat memadam api jenis dry powder kerana powder akan memecahkan buih.
Perhatian

Penempatan alat-alat pemadaman api hendaklah diletakkan pada tempat yang boleh dilihat dan digantung supaya alat ini tidak rosak pada tabung dan juga isi kandungannya

CARA MENGGUNAKAN ALAT PEMADAM API
Terdapat pelbagai jenis serta saiz alat pemadam api. Cara penggunaan atau pengendaliannya adalah seperti berikut:-
1. Pilih jenis alat pemadam api yang sesuai
2. Ikut arah angin semasa menggunakannya
3. Praktikkan penggunaan kaedah PASS
KAEDAH/ SISTEM   P.A.S.SP – Pull
Tarik / cabut pin keselamtan
A – Aim
Arahkan nozel ke arah punca api
S – Squeeze
Tekan pemegang “lever”dimana agen pemadaman akan dipancutkan keluar
S – Sweep
Layangkan nozel / hos kekiri dan ke kanan bagi menyegerakan proses pemadaman

No comments:

Post a Comment